suria

Belum ada tiket balik raya? AirAsia tawar penerbangan lewat malam, tambang tetap

-fotoREUTERS

PETALING JAYA: Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket untuk pulang beraya ke kampung halaman, AirAsia menawarkan tiket lewat malam dengan kadar tetap rendah bermula 12 hingga 19 Jun ini.

Menerusi tawaran ini, kadar tambang yang ditetapkan adalah RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Tiket-tiket boleh mula dibeli sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat penerbangan itu berbesar hati untuk memenuhi permintaan perjalanan khususnya sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Selalunya tambang akan naik apabila permintaan meningkat. Tetapi, kami ingin memastikan rakyat Malaysia dapat pulang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan orang yang tersayang.

"Kami mendengar permintaan rakyat untuk penerbangan tambang rendah.

"Justeru itu kami berbesar hati untuk mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap RM99* untuk laluan terpilih di Semenanjung Malaysia dan RM149* untuk laluan antara Kuala Lumpur dan Kuching," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Bagaimanapun penerbangan Balik Raya istimewa ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Sementara itu, AirAsia turut menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching sempena hari raya Aidilfitri.

Antara destinasi yang terlibat dalam promosi ini ialah Kuala Lumpur - Pulau Pinang, Pulau Pinang - Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Kota Bharu, Kota Bharu - Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu - Kuala Lumpur.

Ia turut melibatkan penerbangan Kuching - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Kuching.

balik raya, tiket AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Lain