suria

Cuti Sekolah Lebih Bermakna Jika Berkunjung Ke Singapura

Bercuti bersama keluarga ke Singapura menjanjikan keseronokan dan pengalaman indah. -foto Bloomberg

AGAK-agaknya manakah destinasi pilihan bagi keluarga untuk membawa anak-anak sempena cuti penggal persekolahan yang akan bermula 17 Mac ini?

Pening memikirkannya? Tak payah khuatir kerana Singapura turut menjanjikan 1,001 macam keseronokan untuk berlibur bersama anak-anak.

Antara pemancangan menarik di Singapura. -foto Reuters

Lagipun, kos melancong ke Singapura tidaklah begitu mahal selain lokasinya yang terletak berjiran sahaja dengan Malaysia. Orang kita pun ramai yang menetap dan bekerja di sana.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, menarik sangatkah Singapura itu? Apa yang ada sana? Jawapannya ialah...semuanya ada!!!

Dalam segmen Jelajah kali ini kami nak kongsi beberapa tarikan di Singapura yang perlu diketahui semua orang terutama yang 'kaki melancong'.

Meh Ke Zoo!


Melawat haiwan di zoo antara tarikan untuk anak-anak sempena cuti sekolah.

Anda suka tengok haiwan tak? Kalau suka, Zoo Singapura adalah antara lokasi wajib untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang ada keluarga atau anak-anak.

Mesti ramai yang cakap, alahhh... setakat zoo je, kat Malaysia pun ada!

Eh no no no! Zoo Singapura ni untuk pengetahuan anda adalah zoo hutan hujan terbaik di dunia. Bila dah dikatakan 'terbaik dunia' mestilah ada 'wow'nya!

Di zoo ini ada lebih 2,800 ekor haiwan yang ditempatkan dalam beberapa zon seperti Wild Africa, Primate Kingdom, Reptile Garden dan banyak lagi.

Pendek kata, memang berbaloi berbelanja ke sini selain dapat pusing sepuas-puasnya dalam kawasan seluas 26 hektar ini.

Yang pasti memang seronok tengok tabiat haiwan-haiwan di sini tau!

Bagi yang nak 'bermesra' lebih dekat dan intim dengan haiwan, anda boleh mencuba aktiviti 'Sarapan Di Hutan'.

Sarapan macam mana tu? Menerusi aktiviti ini, anda dapat makan dengan keluarga Orang Utan yang mana spesies ini semakin terancam.

Menariknya kita berpeluang untuk makan bersebelahan je, macam makan beradab di meja pengantin. Kat mana lagi dapat buat macam ni kalau bukan di zoo Singapura.

Night Safari juga antara tarikan buat pengunjung.

Kalau yang nak merasai kelainan, boleh juga cuba safari malam. Sambil dibawa menaiki trem, anda akan diberi penerangan mengenai pemuliharaan dan penyelidikan haiwan.

Sekurang-kurangnya, kunjungan ke zoo tidaklah sekadar tengok haiwan sahaja, secara tak langsung dapat juga belajar ilmu baharu.

Keindahan Safari Sungai


Nak yang lagi seronok, jom cuba Safari Sungai Singapura pula. Dah bosan pergi zoo dan pusing-pusing tengok haiwan sambil jalan atau naik trem, kali ni anda dibawa menaiki bot.

Wahh, seronok sangat, dapat 'feeling-feeling' macam Jennifer Lopez dalam cerita 'Anaconda'.

Menerusi aktiviti safari sungai ini, anda akan dibawa melawat panda gergasi popular iaitu Kai Kai dan Jia Jia. Comel sangat haiwan ni, geram rasa nak bawa pulang seekor.

Digital Interaktif Di MOSH!


Selain aktiviti bersama haiwan, anda juga boleh berkunjung ke MOSH! di Singapura.

MOSH! ni kalau anda nak tahu, ia adalah taman edutainment (pendidikan-hiburan).

Kat sini, anda boleh merasai pengalaman digital interaktif dengan membuat dunia khayalan sendiri menggunakan ruang kreatif maya.

Yang ni memang patut cuba, satu tarikan unik yang tak ada di tempat lain!

Pelbagai Burung Di Jurong Bird Parks


Hmmm... dah puas layan imaginasi di MOSH!, anda juga patut ke Jurong Bird Parks.

Kat sini, ada 5,000 ekor burung merangkumi 400 spesies.

Memang teruja tak terkata kalau datang sini, seronok tak terhingga. Iyalah, tengok burung warna warni, jinak pula tu.

Kalau bawa anak-anak kecil, lagilah seronok. Bukan senang nak main dengan pelbagai spesies burung yang jinak dan comel tau.

800 Spesies Ikan Di S.E.A Aquarium


Dah habis bermain dengan burung, apa kata pergi tengok ikan pula. Tema percutian ini ala-ala bermesraan dengan binatang, maklumlah percutian seisi keluarga!

Tapi apa salahnya, daripada pergi membeli belah barang mahal-mahal, baik tengok haiwan, kan? Sudah tentu ia lebih menenangkan.

Okey... pasal ikan tadi, anda memang patut berkunjung ke S.E.A Aquarium. Kat situ ada lebih 100,000 haiwan air dari 800 spesies tau.

Memang rugi kalau tak melawat ke S.E.A Auqarium seandainya anda datang ke Singapura.

Kat sini, jangan terkejut kalau mulut asyik ternganga aje bila tengok spesies ikan pelik-pelik yang bersaiz gergasi dan pelbagai bentuk.

Iyalah, selama ini kita mungkin kenal ikan siakap, ikan haruan dan ikan keli je. Apaila datang sini, baru tahu tentang kewujudan spesies-spesies ikan lain.

Universal Studio Lokasi Wajib


Satu lagi tempat menarik ialah Universal Studio Singapura (USS). Tempat ni boleh dikatakan lokasi wajib sekiranya datang ke Singapura.

Kalau nak pergi ke Disneyland Hong Kong, mungkin ada yang tak mampu nak beli tiket. Datang ke sini pun dah memadai.

Sesiapa yang suka kartun, memang patut berkunjung ke Universal Studio. Apaila jalan-jalan kt USS ni, rasa diri ni macam sebahagian dari watak kartun popular.

Macam-macam ada, korang boleh bergambar sampai penuh memori telefon. Memang puas hati.

Di sini juga ada permainan yang mencabar adrenalin tau. Sesiapa yang berani boleh cuba Transformer Ride, Battlestar Galactica, Waterworld, Jurassic Park's Rapid Adventure dan banyak lagi.

Kalau cuba permainan ni, boleh hilang suara menjerit. Entah-entah, saudara mara kat Malaysia pun dengar anda menjerit.

Dunia Kanak-Kanak Di Kidzania


Yang terakhir ialah KidZania. Haa, yang ni khas untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 14 tahun je.

Kat sini, kanak-kanak boleh berangan sekejap apabila berpeluang mencuba pelbagai jenis pekerjaan. Kanak-kanak kan suka main pondok-pondok, berlakon macam-macam watak.

Di sinilah tempat paling sesuai untuk mereka realisasikan imaginasi. Boleh pakai pakaian doktor, juruterbang dan macam-macam lagi.

Yang dewasa tak perlu nak berangan, sebab kostum kat sini untuk saiz kanak-kanak je. Hehehe!

Apa-apa pun, memang tak rugi meluangkan masa ke Singapura sebab negaranya sangat bersih, teratur dan yang penting banyak tempat untuk dilawati.

Kalaulah anda belum pernah datang ke sini, anda patut masukkan Singapura dalam 'bucket list' destinasi pelancongan anda.

Artikel Lain