Kesilapan Haziq Nadzli Normal - OKS - Sukan SEA 2017 | mStar

Kesilapan Haziq Nadzli Normal - OKS

Muhammad Haziq Nadzli terbarng kekecewaan selepas melakukan kesilapan sekaligus memberikan jaringan gol kemenangan buat Thailand.

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Bawah 22 Tahun (B-22) negara mengakui kesilapan penjaga gol adalah sesuatu yang normal dalam bola sepak.

Tindakan Muhammad Haziq Nadzli yang cuba menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya gol hasil hantaran sudut pemain Thailand sekaligus masuk ke pintu gawang.

"Sudah tentu ia bukan bukan untuk menerima keadaan gol seperti itu, tetapi ia berlaku kepada semua orang dan kita tidak boleh menyalahkan pasukan.

"Dia masih muda, dan mempunyai masa depan yang cerah. Malah ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus.

"Dan sudah tentu kami akan lebih bersedia untuk kembali bersama pada Disember ini bagi persiapan ke Piala AFC," jelasnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Kim Swee juga mengakui beliau secara keseluruhannya amat berpuas hati dengan persembahan skuadnya.

"Pemain sudah memberikan segalanya. Dengan masa yang terhad, kami berjaya membuktikan untuk mara ke separuh akhir bersaing dengan pasukan lebih baik dan bertemu Thailand.

"Walaupun tewas, kami berada di landasan yang betul," tambahnya.

Dalam masa sama, Kim Swee juga memberitahu ketiadaan pasukan penyokong Malaysia, Ultras Malaya juga memberikan sedikit kesan suasana dalam stadium kali ini.

"Ultras selalu menjadi sebahagian daripada kami dan sejak awal kempen berlangsung mereka ada. Saya tidak pasti malam ini apa yang terjadi. Tempiasnya sedikit sebanyak kepada pemain.

"Walau apa pun yang berlaku saya harap, kita sama-sama bleh fikir mengenai masa depan skuad muda ini yang mempunyai masa depan cerah.

"Mereka memerlukan Ultras dan juga penyokong-penyokong lain," ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, Thailand mencatat rekod hatrik pingat emas apabila menang satu jaringan hasil daripada kesilapan penjaga gol negara.

Sukan SEA KL 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain