Jin Wei Tundukkan Rakan Senegara - Sukan SEA 2017 | mStar

Jin Wei Tundukkan Rakan Senegara

KUALA LUMPUR: Malaysia mendominasi acara badminton perseorangan wanita selepas pemain muda Goh Jin Wei menundukkan rakan senegara yang lebih senior, Soniia Cheah pada final acara itu, dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pingat emas edisi ke-29 itu menjadi milik pemain berusia 17 tahun itu selepas menewaskan Soniia, 24, dalam straight set  21-11, 21-10 di Arena Axiata pada Selasa.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia selepas tewas kepada Soniia 20-22, 13-21 dan pingat tersebut dikongsi bersama pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong yang kalah kepada Jin Wei 9-21, 21-10, 18-21 pada Isnin. - BERNAMA

KL2017

Artikel Sebelum

Al Jufferi Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Artikel Berikut

KJ Yakin Malaysia Mampu Capai 120 Emas

Artikel Berkaitan