Sultan Mizan Bolot Dua Emas - Sukan SEA 2017 | mStar

Sultan Mizan Bolot Dua Emas

SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membolot dua emas bagi sukan ekuestrian dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara endurance berpasukan dan individu, Ahad.

Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.

Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di sini, Ahad.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.

Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Raja Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan melepaskan para peserta.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Semua penunggang perlu melalui trek sejauh 80 kilometer (km) dan mengikut peraturan acara kuda lasak penunggang kuda akan diperiksa di setiap tiga pusingan iaitu 35km, 25km dan 20km bagi memastikan kuda dalam keadaan baik.

Acara dijangka tamat sebelum 5 petang Ahad di TIEP. - Bernama

Sultan Mizan , kuda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dhabitah Nyala Obor KL2017

Artikel Berkaitan

KL2017: Sultan Mizan Sah Kembali Beraksi

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.