suria

Skuad Bola Jaring Kenduri Jaringan

KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan keempat di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Jumaat.

Skuad bimbingan Tracy Robinson itu menewaskan pasukan Filipina 96-11 pada perlawanan terakhir pusingan awal ini sebelum melangkah ke separuh akhir pada Sabtu bertemu dengan pasukan yang berada di kedudukan keempat.

Pada perlawanan tersebut, ternyata pasukan Filipina gagal menghalang jaringan demi jaringan yang dilakukan penjaring (GS) negara, Norashikin Kamal Zaman serta penyerang (GA) S.L Karishma.

Faktor ketinggian antara kelebihan yang dimiliki skuad negara sekaligus menguasai permainan sejak wisel mula dibunyikan.

Selaku juara peringkat awal ini, skuad negara bakal bertemu dengan Brunei pada saingan separuh akhir pada Sabtu.

Seblum ini Malaysia turut mencatat kemenangan bergaya dengan mengalahkan Brunei 64-27, Thailand 73-30 dan Singapura 50-37.

Dalam pada itu pemain tengah negara, Nur Fariha Abdul Razak berkata semua yang dirancang menjadi dan dengar nasihat jurulatih.

"Kita tidak boleh memandang rendah pasukan dan pandang rendah kepada pasukan lawan. Setiap kali perlawanan terapkan dalam diri untuk menunjukkan yang terbaik dan tolong pasukan untuk menang.

"Kita tetap bermain seperti biasa dan teruskan serangan.

"Kami hanya mengambil langkah satu demi satu, tidak memikirkan final lagi. Kita hanya fokuskan separuh akhir dulu," jelasnya selepas perlawanan.

Bagaimanapun Nur Fariha mengakui bayangan pingat emas semakin jelas, namun tidak mahu terlalu teruja kerana masih lagi ada perlawanan yang perlu diselesaikan.

"Yang penting kami semua kekal momentum," sambil mengakui kehadiran penyokong turut membantu rentak permainan di gelanggang.

Acara bola jaring berlangsung secara round robin dengan lima pasukan yang bertanding termasuk Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina.

Empat pasukan teratas layak ke pusingan separuh akhir.

KL2017, Bola Jaring

Artikel Sebelum

Artikel Lain