Fatin Tinggalkan Kem Negara - Sukan SEA 2017 | mStar

Fatin Tinggalkan Kem Negara

KUALA LUMPUR: Ratu memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh muncul atlet pertama meninggalkan kem negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) kerana perlu bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Taiwan pada pukul 5 petang ini.

Selepas menamatkan debaran final acara compund berpasukan campuran bergandingan bersama Mohd Juwaidi Marzuki dengan pingat emas, Fatin akan menggalas cabaran negara pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Taiwan.

"Alhamdulillah, debaran sudah berakhir. Kemenangan ini memberi rangsangan kepada saya untuk lakukan yang terbaik pada Universiade sekurang-kurangnya dengan menaiki podium.

"Saya akan berlepas ke Taiwan petang ini. Terima kasih kepada persatuan kerana sanggup mengubah tarikh asal acara ini untuk beri peluang kepada saya beraksi di Universiade.

"Saya harap momentum kemenangan ini boleh dikekalkan sehingga di Taiwan nanti," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pemanah berusia 26 tahun itu turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk mewakili negara dalam dua temasya penting iaitu Sukan SEA dan Universiade tahun ini.

"Tahun yang bagus untuk saya kerana dapat bertanding dalam dua temasya sekali gus," katanya.

Fatin akan terbang ke Taiwan pada petang Jumaat kerana sesi latihan rasmi Universiade dijadualkan pada Sabtu disusuli pertandingan individu keesokan hari ini.

Mengulas mengenai rahsia kejayaan dalam acara ini, Fatin berkata dia sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan terhadap gandingannya, Mohd Juwaidi.

"Saya pun tak sangka kami berjaya mengatasi Myanmar. Dari pusingan pertama sehinggalah panahan terakhir, saya tetap percaya kepada rakan pasukan.

"Saya hanya fokus dan cuba lakukan yang terbaik sehinggalah sampai panahan terakhir yang membolehkan kami merangkul emas," katanya.

Menerusi kemenangan 152-142 ke atas pencabar utama dari Myanmar, Aung Ngeain dan Ye Min Swee, Fatin dan Mohd Juwaidi menghadiahkan pingat emas ketujuh untuk kontinjen negara.

KL2017

Artikel Sebelum

Skuad Bola Jaring Kenduri Jaringan

Artikel Berikut

Dua Emas Oleh Atlet Renang Perairan Terbuka

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain