suria

DBKL Tak Kompromi Tunda Kenderaan Halang Trafik

Polis menunda sebuah kereta yang menghalang trafik di Stadium Bukit Jalil pada Rabu. foto GLENN GUAN/The Star

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi terhadap kenderaan orang ramai yang didapati menghalang lalu lintas di kawasan venue temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL akan bertindak tegas termasuk mengeluarkan saman dan  menunda kenderaan terbabit bagi memastikan kelancaran aliran trafik di semua venue KL2017.

“Kita sentiasa galakkan orang ramai ke venue perlawanan dengan menaiki pengangkutan awam, ia lebih mudah.

"Semangat untuk memberi sokongan kepada pasukan negara amat dihargai dan dipuji, namun ia bukan bermakna mereka boleh melanggar undang-undang sehingga memberi kesusahan kepada orang lain (meletakkan kenderaan yang menghalang lalu lintas)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek apartmen servis The Park 2 di Bukit Jalil di sini Khamis.

KL2017 bermula secara rasmi 19 Ogos dan upacara penutupan pada 30 Ogos.

Sebanyak 38 jenis sukan melibatkan 404 acara dipertandingkan pada KL2017. - BERNAMA

DBKL, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain