Berlatih di luar negara bukan 'tiket' mudah buat Kudik di tanah air, “Suatu hari nanti jersi negara akan jadi milik saya” - Personaliti Sukan | mStar

Berlatih di luar negara bukan 'tiket' mudah buat Kudik di tanah air, “Suatu hari nanti jersi negara akan jadi milik saya”

Mohd Yusry atau Kudik bersama ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

PENGALAMAN dua tahun berlatih di luar negara, pastinya pelbagai pengalaman berharga buat pemain muda, Mohd Yusry Haziq Idris.

Mohd Yusry Haziq atau lebih mesra dipanggil Kudik kembali ke tanah air pertengahan tahun lalu selepas tamat menjalani latihan di Brooke House College Football Academy di Leicestershire, England sejak 2017.

Hakikatnya, peluang yang dicari di Malaysia bukan mudah seperti yang diidamkan kerana ramai pemain-pemain muda berbakat yang turut bersaing antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada nama, tapi ada 2 tahun pengalaman di England, bapa harap Kudik main untuk JDT

Ujian sukar

Menurut remaja berusia 18 tahun ini, dia tidak berehat panjang sebaik sahaja tiba di tanah air dan mula mengintai peluang untuk menyertai mana-mana kelab di negara.

“Dengan bantuan ayah saya (Idris Ismail), kami ada pergi ke beberapa kelab bola sepak di Sarawak dan juga pasukan negeri.

Kudik (tengah) bersama rakan sepasukan ketika di England.

“Namun ketika itu belum ada rezeki lagi untuk mereka mencuba bakat saya.

“Ada juga yang memandang rendah dengan bakat saya sebelum mereka melihat bakat saya. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba nasib.

“Selain itu saya ada cuba memohon untuk mencuba nasib di kelab di semenanjung dan sehingga kini masih menunggu peluang untuk dipanggil.

“Yang pasti saya tidak memilih mana-mana pasukan, sebalik akan terima sahaja bermain walaupun kelab peringkat kampung,” jelas Kudik kepada mStar.

Rezeki tahun 2020

Menurut Yusry kekecewaan ditolak oleh beberapa pasukan langsung tidak mematahkan semangatnya, malahan dia tetap meneruskan latihan sendiri seperti biasa.

Ada pengurus pasukan yang merendah-rendahkan bakat saya, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik.

MOHD YUSRY HAZIQ IDRIS

Pemain Skuad Bawah 21 Sarawak

“Tipulah kalau saya cakap tak sedih ketika saya tengah ‘fresh’ balik dari England nak kongsi pengalaman… tapi ditolak.

“Bagaimanapun berkat kesabaran dan sokongan mora keluarga, akhirnya saya dipanggil untuk menyertai skuad Bawah 21 Sarawak beraksi untuk Piala Presiden dan juga Sukma (Sukan Malaysia ) tahun ini.

Kudik (barisan depan dua dari kanan) bersama rakan sepasukan skuad remaja Sarawak.

“Bagi saya peluang ini sudh cukup terbaik setakat ini dan dengan pengalaman yang ada sedikit-sebanyak dapat membantu pasukan,” jelasnya yang menjadikan pemain kebangsaan Brendan Gan sebagai idolanya.

Idam jersi negara

Menurut pemain tengah ini, setiap pemain pastinya mempunyai cita-cita untuk menyarung jersi negara satu hari nanti.

“Dalam tempoh setahun dua ini, saya mahu mahu merekodkan profil yang baik bersama pasukan belia Sarawak.

“Saya perlu buktikan dahulu kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita menyarung jersi negara dan percaya dengan profil yang baik ia akan menjadi milik saya satu hari nanti,” kata anak keempat daripada lima orang adik beradik ini.

Pasukan Bawah 21 Sarawak sempat bertemu ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika tiba di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kudik turut mengakui Liga Piala Presiden bukanlah mudah memandangkan pasukan yang bertanding juga mempunyai kekuatan sendiri.

“Apa yang penting, kami akan terus fokus dalam setiap perlawanan serta mempercayai percaturan jurulatih,” jelasnya ringkas.


Kudik , Mohd Yusry Haziq Idris , Sawarak , England

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain