Ronaldo Bantu Portugal Mara Ke Pusingan Kalah Mati - Euro2016 | mStar

Ronaldo Bantu Portugal Mara Ke Pusingan Kalah Mati

DUA gol hasil jaringan Cristiano Ronaldo pada aksi seri 3-3 dengan Hungary berjaya membawa Portugal ke pusingan kedua 16 pasukan.

Kedua-dua pasukan ini berjaya melangkah ke pusingan kalah mati sebaik sahaja tamat aksi terakhir peringkat Kumpulan F di Stadium Lumieres awal pagi Khamis.

Hungary membuka jaringan awal pada minit ke-22 menerusi Gera sebelum Nani menyamakan kedudukan minit ke-44.

Aksi pada babak kedua penuh dramatik apabila kedua-dua pasukan berbalas gol selepas Balazs Dzudzsak menambah gol kedua Hungary.

Tersentak dengan gol kedua lawan, skuad Fernando Santos mula mengasak dengan hantaran panjang serta memberi tindak balas dalam setiap serangan pemain-pemain Hungary.

Pada minit ke-52, Ronaldo berjaya menjaringkan gol yang menarik untuk meletakkan skuadnya berada dalam keputusan seri.

Hanya dua minit teruja meraikan jaringan kedua, anak buah Bernd Storck kembali meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-54.

Pemain-pemain Portugal dilihat tertekan dengan gol ketiga lawan sekaligus terus bekerja keras melakukan percubaan ke arah gawang Hungary.

Aksi sengit itu akhirnya meyaksikan Ronaldo berjaya meledak gol keduanya pada minit ke-63 untuk mengikat kedudukan seri 3-3 hingga ke wisel penamat.

Portugal menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga hanya dengan tiga mata, manakala Hungary mengumpul lima mata sekaligus berada di tempat teratas.

Hungary bakal berdepan dengan England di Nice pada aksi kalah mati selepas ini.

SENARAI PEMAIN:

Hungary - Kiraly, Korhut, Guzmics, Juhasz, Lang, Elek, Gera, Lovrencsics, Pinter, Dszsudzsak, Szalai. (simpanan) - Stieber, Nemeth, Bese.

Portugal - Patricio, Eliseu, Carvalho, Pepe, Vieirinha, Carvalho,Gomes, Moutinho, Mario, Nani, Ronaldo (simpanan)- Renato, Danilo, Quaresma.

euro2016 , Portugal , Hungary

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Portugal Mara Ke Separuh Akhir

Lewandowski Mahu Sekat Impian Ronaldo

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain