suria

Gol Nainggolan Bantu Belgium Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Nainggolan (dua dari kanan) meraikan gol kemenangan Belgium.

BELGIUM menempah slot ke kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016 selepas menundukkan Sweden 1-0 di Nice, awal pagi Khamis.

Radja Nainggolan muncul penyelamat Belgium selepas menyempurnakan sepakan kemas menerjah gawang Sweden ketika perlawanan berbaki enam minit.

Kemenangan Belgium bermaksud mereka akan bertemu Hungary di Toulouse pada malam Ahad.

Secara keseluruha, Sweden beraksi dengan lebih bagus apabila mencipta banyak peluang dan sentiasa menguji ketangkasan penjaga gawangThibaut Courtois.

Namun Zlatan Ibrahimovic gagal menjamin kemaraan Sweden ke pusingan kalah mati sebelum persaraannya di pentas antarabangsa.

Pada babak kedua, Sweden merayu agar dihadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan pemain lawan manakala gol Lukaku juga dibatalkan kerana ofsaid.

Kekalahan itu meletakkan Sweden di tangga tercorot kumpulan E dengan hanya mengutip satu mata.

Belgium pula menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Senarai Pemain:

BELGIUM: Courtois, Meunier, Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen, Witsel, Nainggolan, De Bruyne, Carrasco, Hazard, R. Lukaku 

SWEDEN: Isaksson, Lindelöf, Johansson, Granqvist, Olsson, Larsson, Ekdal, Källström, Forsberg, Berg, Ibrahimović.
Belgium, Euro 2016, Sweden

Artikel Sebelum

TCH Belum Puas Aksi Lopes

Artikel Berikut

Artikel Lain