Santos Elak Komen Prestasi Ronaldo - Euro2016 | mStar

Santos Elak Komen Prestasi Ronaldo

Reaksi kecewa Ronaldo selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Portugal.

PENGURUS Portgual Fernando Santos enggan mengulas mengenai prestasi Cristiano Ronaldo selepas pemain bintang itu terlepas sepakan penalti yang menyaksikan pasukan tersebut terikat seri tanpa jaringan dengan Austria pada aksi peringkat Kumpulan F Euro 2016, awal pagi Ahad.

Selain gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu, Ronaldo turut terlepas beberapa peluang di depan gol dan tandukannya dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika ditanya pemberita bagaimana perasaan Ronaldo, Santos mencelah dengan berkata:" Saya faham tetapi saya enggan mengulas mengenai Cristiano Ronaldo."

Ronaldo yang melakukan 128 penampilan bersama Portugal mengharungi hari yang malang di Parc des Princes selepas usaha untuk muncul pemain pertama menjaringkan gol untuk pasukan terus terbantut.

Secara keseluruhan, Portugal mempunyai 23 percubaan untuk menjaringkan gol manakala Austria sekadar tiga percubaan.

"Kita tidak boleh terus bersedih. Terdapat perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 22 Jun ini, final pertama kami pada kejohanan ini.

"Apabila bercakap mengenai pasukan kita tidak boleh menumpukan perhatian terhadap berapa banyak peluang yang kita ada. Adil atau tidak, itulah bola sepak," katanya.

Artikel Sebelum

Ronaldo Atasi Rekod Figo

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain