Pogba Tampil Gaya Rambut Patriotik - Euro2016 | mStar

Pogba Tampil Gaya Rambut Patriotik

Paul Pogba.

BINTANG Juventus, Paul Pogba yang menjadi buruan Manchester United dilihat menggayakan fesyen rambut 'patriotik' semasa sesi latihan bersama skuad Perancis di Stade de France pada Khamis menjelang kempen pembuka tirai kejohanan Euro 2016 pada Jumaat.

Anak buah Didier Deschamps dilihat cuba memanfaatkan sepenuhnya hari terakhir sebelum sepak mula kejohanan itu dengan sesi latihan fasa akhir menjelang aksi pertama menentang Romania.

Les Bleus merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut pada musim panas ini.

Malah, pemain harapan Perancis, Pogba antara yang mencuri tumpuan apabila tampil dengan fesyen rambut patriotik.

Dia mencukur rambut di tepi kepalanya mengikut bentuk logo Persekutuan Bola Sepak Perancis.

Bekas pemain muda United itu memang terkenal dengan potongan rambut funky.

Pogba, 23, menyertai latihan bersama dengan beberapa rakan pasukan lain termasuk bintang Real Devils, Anthony Martial dan pemain Crystal Palace, Yohan Cabaye.

Pasukan tuan rumah kejohanan itu kembali ke stadium buat pertama kalinya sejak serangan terburuk pada Mac lalu ketika mereka menewaskan Rusia 4-2 pada perlawanan persahabatan.


Paul Pogba , Euro 2016

Artikel Sebelum

Penyokong England Buat Kecoh Lagi

Artikel Berikut

Jerman Kuasai Ranking Awal Euro 2016

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun