suria

“Mourinho perlu diberi peluang sehingga tamat musim ini” - Berbatov

Dimitar Berbatov telah mempertahankan Mourinho (gambar) selepas gagal membimbing Tottenham Hotspur dengan baik.

DIMITAR Berbatov telah mempertahankan Jose Mourinho selepas timbul ura-ura dia akan dicepat selepas mempamerkan aksi tidak konsisten.

Bekas jurulatih kelab Real Madrid, Chelsea dan Manchester United itu mengambil alih Tottenham Hotspur daripada Mauricio Pochettino pada November lalu.

Kekalahan kepada Chelsea dan Wolves meletakkan mereka kini berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain itu, tersingkir daripada saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah menguatkan lagi desas-desus tersebut.

Walau bagaimanapun, bekas penyerang Spurs, Berbatov meminta penyokong untuk bertenang dan memberi peluang kepada Mourinho.

"Sebelum ini juga, Spurs beraksi teruk di bawah kendalian Pochettino dan saya merasakan Mourinho merupakan pengganti yang sesuai.

"Setiap jurulatih berhak diberikan peluang selama satu musim untuk membuktikan kebolehan mereka.

"Para pemain juga perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal baharu di bawah kendalian Mourinho," ujar Berbatov kepada Betfair.

Berbatov juga bersetuju dengan sifat tegas Mourinho dalam menguruskan pemain yang gagal mempamerkan aksi sebenar.

"Sebagai contoh Tanguy Ndombele dikeluarkan pada separuh masa perlawanan ketika menentang Burnley. Dia (Ndombele) perlu bertanggungjawab atas aksinya yang kurang memuaskan.

"Saya berharap Mourinho akan melakukan pembelian pemain apabila jendela perpindahan dibuka semula," katanya.

Bekas pemain kebangsaan Bulgaria itu menjaringkan 46 gol dan 24 bantuan gol dalam 102 penampilan bersama Spurs sebelum berhijrah ke Manchester United.- Daily Mail.

Dimitar Berbatov, Jose Mourinho

Artikel Lain