suria

Mourinho tak cemburu dengan Liverpool dan Man City, “Kami kelab berbeza”

Mourinho yakin setiap kelab mempunyai kelebihan tersendiri.

JOSE Mourinho sudah menggunakan magisnya dengan membawa pemain-pemain muda ke dalam skuad utamanya.

Beberapa pemain utamanya terpaksa direhatkan berikutan kecederaan namun ia tidak memberi kesan besar kepada Mourinho kerana percaya dengan kredibiliti pemain-pemain muda menjelang aksi Piala FA bertemu Middlesbrough.

Dalam masa sama, Mourinho mengakui dia tidak cemburu dengan kekuatan dua pasukan hebat musim ini, Liverpool dan Manchester City.

"Memang begini. Kita tidak boleh mempunyai skuad sama dengan pasukan lain. Ia bukan kami.

"Semalam saya menyaksikan Manchester City dan pandang ke arah bangku simpanan. Dan di situ ada Matip, Lovren, Keita, Fabinho.

"Saya tidak cemburu. Saya mempunyai tugas menakjubkan di sini tetapi mereka mempunyai kerja yang berbeza. Ia adalah kelab berlainan," jelasnya. - 90min.com

Jose Mourinho, Spurs, Pemain Muda

Artikel Lain