Sukan SEA: Pingat emas sulung acara e-Sukan milik Malaysia - Sukan | mStar

Sukan SEA: Pingat emas sulung acara e-Sukan milik Malaysia

Weng Keng mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas e-Sukan pada Sukan SEA 2019. Foto: Bernama

PINGAT emas pertama dalam acara e-Sukan menjadi milik atlet negara, Dr Yew Weng Keng di Sukan SEA di Filoil Flying V Centre, San Juan pada Isnin.

e-Sukan merupakan satu acara yang buat pertama kalinya dianjurkan di Sukan SEA, dan atlet yang berusia 29 tahun itu memenangi emas bersejarah itu bagi permainan Hearthstone, dengan menewaskan peserta Thailand Werit Popan 3-1 untuk pingat emas.

Pemegang Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Elektronik yang juga seorang penolong professor di Universiti Heriot Watt, Malaysia, juga menolak persepsi mereka yang menghabiskan masa bermain permainan elektronik tidak boleh berjaya dalam pendidikan dan kerjaya dengan berjaya dalam kedua-duanya.

Lebih dikenali dengan nama wkyew90, Yew memulakan perlawanan dengan memenangi permainan pertama, namun kalah permainan kedua dan terikat kedudukan 1-1.

Pada permainan ketiga, beliau menghadapi persaingan sengit lebih daripada setengah jam, untuk mendapatkan mata kedua, sebelum memenangi perlawanan keempat dengan mudah, untuk menang 3-1.

“Pingat emas ini, amat bermakna untuk saya dan Malaysia, kerana ini pingat emas pertama negara dalam e-Sukan dalam sejarah Sukan SEA. Rasa kagum, gembira dan bersyukur … saya percaya saya dapat mencipta sejarah, dengan menyumbangkan satu pingat emas kepada negara dan saya amat gembira untuk memenanginya.

“e-Sukan satu trend sekarang ini, akan terus ada walau apapun kita lakukan … Remaja dan generasi kita akan datang akan lebih dan lebih terikut dengan permainan elektronik, ibu bapa seharusnya melihatnya dari segi positif, kerana permainan elektronik sebenarnya boleh meningkatkan pemikiran serta pemikiran strategik dan kritikal.

“Kesemua ini adalah skill yang diperlukan dalam kehidupan, namun anak-anak perlu mengimbangkan antara permainan, aktiviti kesihatan dan juga penddikan. Jika sepenuh masa bermain tanpa peningkatkan dalam pelajaran, anda tidak akan berjaya,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah.

Hearthstone merupakan satu permainan dalam talian berdasarkan kepada permainan kad berstrategi yang dimainkan antara dua orang.

Malaysia sebelum ini menang gangsa dalam Mobile Legends: Bang Bang menerusi Ahmad Ali Huzaif Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Jamil Nurolla, Izme Haqeem Hamsjid dan Muhammad Hazeem Onn selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 0-2, pada Isnin.

Sejumlah enam pingat emas dipertandingkan dalam e-Sukan iaitu, Tekken 7, Starcraft II, Heartstone, Arena of Valor, Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang.-Bernama

e-Sukan , Sukan SEA , pingat emas

Artikel Berikut

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus