suria

Lapan calon dalam radar Arsenal sebelum Emery akhirnya ganti Wenger

Unai Emery. Foto Reuters

ARSENAL dilaporkan telah menemuduga lapan calon untuk menggantikan Arsene Wenger sebagai pengurus, termasuk beberapa legenda kelab itu.

Wenger berundur sebagai pengurus Arsenal pada akhor musim 2017-2018 selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun.

Unai Emery akhirnya dipilih untuk memikul tanggungjawab itu selepas pada mulanya bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta yang akan mengambil alih jawatan tersebut.

Calon-calon tersebut termasuk Massimiliano Allegri, Arteta, Thierry Henry, Julen Lopetegui, Ralf Rangnick, Jorge Sampaoli dan Patrick Vieira.

Turut dilaporkan bahawa Arsenal membincangkan mengenai Antonio Conte, Eddie Howe, Maurizio Sarri dan Brendan Rodgers.

Bagaimanapun atas beberapa alasan, senarai tersebut tidak diteruskan.

Tekanan semakin memuncak buat Emery selepas Arsenal membiarkan pasukan itu terikat 2 mata dalam perlawanan dengan pencabar, Crystal Palace.

Keputusan itu membuatkan Arsenal berada di tanga kelima, selepas sembilan perlawanan dan mereka masih belum menunjukkan prestasi yang cemerlang pada musim ini.

Dilaporkan kelab The Gunners akan memberikan masa kepada Emery, tetapi besar kemungkinan sehingga akhir musim.

Dan selepas itu, kelab akan membuat keputusan sama ada dia akan menguruskan sehingga tahun terakhirnya mengikut perjanjian. - Daily Mail


Unai Emery, Arsenal, Arsene Wenger

Artikel Lain