suria

Akhbar New Zealand tunjuk 'sentap' gagal ke final Ragbi Piala Dunia

PASUKAN ragbi New Zealand tewas mengejut kepada England 19-7 pada aksi separuh akhir Kejohanan Ragbi Piala Dunia yang kini berlangsung di Jepun.

Pasukan England yang yang mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 12 tahuan pastinya meraikan kemenangan ini dengan penuh meriah memandangkan satu rekod besar buat mereka selepas menyingkirkan juara bertahan, All Blacks.

Namun pastinya kekalahan itu amat mengecewakan bukan sahaja buat penyokong setia pasukan yang terkenal dengan tarian Haka itu, sebaliknya pihak media juga turut dengan kekalahan itu.

Pemain-pemain New Zealand tunduk hormat kepada penyokong-penyokongnya.

Berikutan itu,  akhbar Herald on Sunday cuba tidak mahu menjadikannya sebagai topik besar.

Muka depan akhbar tu tampil berwarna hitam dan hanya dicetak "The All Blacks are out of the World Cup. If you want to reas more, go to the sports section."

Sementara itu, All Blacks masih mempunyai baki perlawanan merebut tempat ketiga sama ada bertemu Wales mahupun Afrika Selatan yang beraksi hari ini.-Dailymail.co.uk

Ragbi, Piala Dunia, New Zealand, England, Tewas

Artikel Lain