suria

Messi skor 420 gol, kalahkan Ronaldo dengan catatan 419 gol

Aksi Lionel Messi dalam perlawanan itu. FOTO: Twitter BPI/REX/Metro.UK.

PEMAIN sensasi Barcelona, Lionel Messi menjaringkan gol sewaktu perlawanan menentang Sevilla yang berakhir 4-0 pada minggu lalu.

Sepakan percuma Messi pada minit ke-78 permainan itu sekaligus mencatat rekod gol ke-420 miliknya.

Ia juga menandakan Messi sudah melepasi Ronaldo yang kini memegang rekod 419 gol.

Dalam perlawanan itu, Luis Suarez, Ousmane Dembele dan Arturo Vidal turut menjaringkan gol masing-masing. - Legit.NG.

Artikel Lain