suria

Tidak hadir acara anugerah, FIFA dilapor berang dengan Ronaldo

Ronaldo tidak hadir sewaktu Messi menerima anugerah pemain terbaik FIFA.

TINDAKAN Cristiano Ronaldo untuk tidak mempedulikan majlis anugerah FIFA ternyata menimbulkan kemarahan badan bola sepak itu.

Ronaldo didakwa enggan hadir selepas mengetahui Lionel messi bakal dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik dalam acara itu yang berlangsung pada Isnin malam.

Menurut laporan Marca, Ronaldo pada mulanya dijadualkan menghadiri acaran berkenaan yang diadakan di La Scale Opera di Milan, Itali.

Dalam pada itu, Ronaldo kini dalam fasa pemulihan kecederaan.

Namun penganjur tidak menerima apa-apa maklumat daripada pihak Ronaldo sekiranya dia tidak dapat hadir atas alasan itu.

Ia bukanlah kejadian pertama yang mana Ronaldo dan Messi juga tidak hadir ke acara Ballon d'Or pada tahun lalu sewaktu Luka Modric diangkat sebagai penerima utama. - Soccer Laduma.

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, FIFA

Artikel Lain