BIARPUN Nemanja Matic dan Cristiano Ronaldo seolah-olah berperang sewaktu perlawanan kelayakan FIFA melibatkan Serbia dan Portugal, mereka nampaknya cukup 'sweet' di luar padang. Menerusi perkongsian tweet oleh @Metro_Sport, Nemanja sanggup menunggu bersama anak-anaknya yang mahu bertemu dengan Ronaldo. Menurut tweet itu, anak-anak Nemanja meminati Ronaldo dan menjadikan pemain itu sebagai idola. Mereka juga sempat merakam foto kenangan bersama-sama. Perlawanan itu menyaksikan Portugal membenam Serbia dengan keputusan 4-2. Ia berlangsung di Stadium Rajko Mitic yang terletak di Belgrade, Serbia. - Metro.UK.