Netizen anggap Meghan pembawa malang, Williams tewas lagi aksi akhir selepas Wimbledon - Sukan | mStar

Netizen anggap Meghan pembawa malang, Williams tewas lagi aksi akhir selepas Wimbledon

Williams kelihatan kecewa selepas tewas dalam aksi akhir Terbuka AS.

NETIZEN mendakwa kekalahan Serena Williams disebabkan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang membawa nasib malang.

Williams tewas pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Bianca Andreescu 6-3,7-5 sekaligus kecewa untuk merangkul trofi ke-24 Grand Slamnya.

Peminat-peminat Williams menggelar Meghan sebagai pembawa malang apabila hadir menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Athur Ashe.

Sebelum ini Serena juga turut tewas di pentas akhir Wimbledon bertemu Simona Halep.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Meghan Markle jangan lagi datang ke perlawanan akhir Serena. Kamu pembawa malang."

Ada juga yang menulis; “Duchess, Meghan. Sayang anda sangat. Sangat. Adalah anda pembawa malang????. Perlukah dia kalah semua?.”

Meghan kelihatan gembira ketika melihat Williams masuk ke gelanggang dan menepuk tangan.

Sebahagian daripada komen-komen netien selepas Williams tewas di pentas akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Namun selepas itu mukanya agak kecewa apabila perlawanan berakhir.

“Serena ada menanyakan jurulatihnya mengenai kedatangan Meghan ketika dia menang semalam dan semua orang bimbang. Sebagai pemain tenis dia mempunyai naluri dan Serena tewas apabla Meghan hadir ketika aksi Wimbledon,” jelas sumber kepada New York Post pada Jumaat.

Meghan terbang ke London Heathrow seorang diri meninggalkan Putera Harry dan anaknya Archie yang berusia empat bulan di Windsor.

“Ia penerbangan saat akhir. Teruja untuk memberi sokongan kepada kawannya dan terus pulang,” jelas sumber kepada The Times.

Meghan mula berkawan rapat dengan Williams selepas mereka berdua bertemu dalam satu parti Super Bowl pada tahun 2010. – dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Van Dijk bakal terima habuan lumayan

Artikel Berikut

Artikel Lain