suria

Sala terdedah dengan gas karbon monoksida sebelum pesawat terhempas

Sala dilaporkan terdedah dengan gas karbon monoksida yang tinggi sebelum pesawatnya terhempas. Manakala Ibbotson (kanan) sehingga masih belum ditemui.

EMILIANO Salad an David Ibbotson dilaporkan terdedah kepada karbon monoksida sebelum pesawat yang dinaiki mereka terhempas.

Pemain bola sepak dan juruterbang itu terbunuh pada insiden yang berlaku 21 Januari di perairan Inggeris.

Biro Siasatan Kemalangan Udara berkata, ketika kejadian kokpit dipenuhi dengan gas membunuh itu.

Mayat Sala,28, ditemui di dasar laut pada 4 Februari, namun Ibbotson,59, sehingga kini masih belum ditemui.

“Tahap merbahaya karbon monoksida telah ditemui dalam badan Sala telah menimbulkan tanda tanya keluarga mendiang.

“Bagaimana ia boleh berlaku. Pihak keluarga percaya pemeriksaan teknikal ke atas pesawat itu perlu dilakukan.

“Orang awam dan keluarga perlu tahu bagaimana karbon monoksida boleh memasuki ruang kabin,” ujar peguam keluarga Sala, Daniel Machover.

Penyerang Cardiff City berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan tubuh selepas pesawat Piper PA-46 Malibu terhempas apabila tidak dapat dikesan oleh pengawai udara pada 21 Januari lalu.

Pemain Argentina itu terbang dari Nantes ke Cardiff bersama juruterbang Ibbotson ketika terhempas di lautan Guernsey. –metro.co.uk

Artikel Lain