Manchester United jatuh 4 tangga senarai pasukan sukan paling bernilai - Sukan | mStar

Manchester United jatuh 4 tangga senarai pasukan sukan paling bernilai

Aksi pemain Manchester United sambil disaksikan kumpulan penyokong. Foto AP

MANCHESTER United jatuh empat tangga kepada kedudukan keenam, dalam senarai Forbes bagi pasukan sukan paling bernilai di dunia.

Kelab di Old Trafford itu kini berada di belakang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona, yang kekal pada senarai ketiga dan keempat.

Sementara itu, kelab National Football League (NFL), Dallas Cowboys mengekalkan kedudukan teratas untuk empat tahun berturut-turut, dengan nilai £4 bilion (RM20.48 bilion).

Kedua-dua pasukan bola keranjang New York Yankees dan New York Knicks masing-masing menduduki tangga kedua dan kelima. - Daily Mail UK

Forbes , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain