suria

Tak hadir sesi latihan pra musim PSG, "Neymar boleh pergi jika ada tawaran"

Neymar terdesak mahu pindah ke Barcelona.

NEYMAR boleh tinggalkan Paris Saint-Germain (PSG)  jika ada tawaran yang bersesuaian.

Kenyataan itu timbul selepas PSG sudah jemu dengan perangai bintang Brazil itu yang tidak hadir sesi pra latihan pada Isnin.

Pengarah kelab, Leonardo Aroujo memberitahu pihaknya sedia melepaskan Neymar jika ada tawaran yang baik.

"Neymar boleh pergi jika ada mana-mana tawaran yang sesuai dengan semua orang.

"Buat masa ini kami tidak tahu sesiapa yang mahu membelinya apa harganya. Semua ini tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat. Itu sudah pasti," ujarnya.

Kelibat Neymar tidak kelihatan ketika sesi latihan itu selepas sehari Presiden Kelab Barcelona Josep Bartomeu berkata: "Kami tahu Neymar mahu tinggalkan kelab tetapi kami juga tahu PSG tidak mahu menjualnya.

Jelas Leonardo pihak tidak pasti bila Neymar akan kembali ke skuad utama.

"Saya tidak tahu bila dia akan hadir. Apa yang saya tahu dia sepatutnya kembali pada 8 Julai.

Leonardo mengakui sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang tawaran untuk Neymar.

"Perkara sebegini bukan sahajan berlaku di PSG. Banyak situasi yang sama berlaku. Kita lihat di mana-mana, di Manchester United dan kelab-kelab lain yang pemain mahu pergi."

Sementara itu Leonardo berkata: "Kami tidak menerima sebarang tawaran, tetapi jika benar kami pasti akan menghubungi mereka."

Tambah Leornardo, sudah jelas kepada semua bahawa Neymar mahu tinggalkan kelab.

"Kami sudah bercakap dengan semua orang dan jelas. Tetapi dia masih mempunyai kontrak tiga tahun dengan kami. Dan setakat ini tidak ada sebarang tawaran dan perbincangan."

Neymar sebelum ini mahu kembali ke Barcelona namun masalah utamanya adalah dana dan posisi buat pemain itu.

Ini kerana Barcelona sudah mempunyai penyerang utama seperti Luis Suarez, Lionel Messi, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.

Malah Barcelona juga dijangka akan mengumumkan ketibaan pemain baharunya Antoine Griezmann hujung minggu ini. -Dailymail.co.uk

Neymar, PSG, Barcelona

Artikel Lain