suria

Lampard sah pengurus baharu Chelsea

Frank Lampard.

CHELSEA melantik Frank Lampard sebagai pengurus baharu kelab itu.

Bekas pemain tengah Chelsea itu menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk menggantikan kerusi ditinggalkan Maurizio Sarri.

Lampard, 41, menjadi pilihan utama untuk mengisi jawatan itu sejak Sarri kembali ke Itali selepas setahun bersama Chelsea.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Chelsea, Lampard memberitahu dia gembira kembali semula ke Chelsea sebagai pengurus kelab itu.

"Semua orang tahu perasaan cinta saya terhadap kelab ini dan sejarah yang kami kongsi bersama. Fokus saya adalah untuk mempersiapkan pasukan menghadapi musim baharu.

"Saya di sini untuk bekerja keras, membawa kejayaan untuk kelab dan saya tidak sabar untuk mulakan tugas saya," katanya.

Ketika mengemudi Derby County, Lampard membantu pasukan itu menduduki tangga keenam.

Chelsea dilaporkan membayar wang pampasan bernilai 4 juta pound sterling kepada Derby County.

Kepulangan semula Lampard ke Chelsea turut diiringi kakitangan kejurulatihannya, Jody Morris, Chris Jones dan Shay Given. - standard.co.uk

Frank Lampard, Chelsea

Artikel Lain