suria

Wan-Bissaka pemain muda baharu Man United

Wan-Bissaka dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada Jumaat.

AARON Wan-Bissaka dirakam memakai kit Manchester United buat kali pertama sekaligus mengesahkan pemain Crystal Palace itu berhijrah ke Old Trafford.

Kelab dijangka akan memperkenalkan pemain baharu bernilai 50 juta paun itu pada Jumaat sebaik sahaja Wan-Bissaka lulus ujian kesihatan.

Gambar Wan-Bissaka memakai set penuh jersi United tersebar di laman sosial media.

Pemain England berusia 321 tahun itu ditemani ahli keluarga dan wakilnya ketika tiba di Carrington pada pagi Khamis.

Barisan jurulatih kelan Michael Carrick dan Kieran McKenna dijangka bertemu dengan pemain tersebut.Pada Mac lalu, dilaporkan pengurus kelab Ole Gunnar Solskjaer amat memberi perhatian kepada Wan-Bissaka dan meletaknya dalam senarai pemain pilihan.

Sebelum ini United juga telah mengikat seorang lagi pemain sayap muda Danial James dengan nilai 17.5 juta paun. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain