suria

Majlis kahwin Ramos berlangsung meriah, terima kehadiran David Beckham dan isteri

Majlis perkahwinan Ramos berlangsung meriah pada Sabtu.

MAJLIS perkahwinan Sergio Ramos dengan pasangannya Pilar Rubio berlangsung meriah pada Sabtu.

Majlis yang didakan di Seville, Sepanyol itu turut digamatkan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal dunia.

Antaranya, David dan Victoria Beckham, Luka Modric, Roberto Carlos, Jordi Alba dan ramai lagi.

David Beckham dan isterinya, Victoria.

Dalam pada itu, ramai yang turut memuji gaun perkahwinan berona putih yang dikenakan isteri Ramos.

Wanita berusia 41 tahun itu merupakan pengacara televisyen.

Selain busana yang dipakai, gaya rambut isteri Ramos turut menjadi perbualan ramai pada hari itu. - Mirror.

Artikel Lain