suria

Peminat 'muak' dengan Ozil, 86 peratus undi supaya dia disingkirkan

86 peratus peminat membuat undian agar Ozil disingkirkan.

SATU undian yang dilakukan mendedahkan ramai peminat Arsenal mahu Mesut Ozil disingkirkan.

Undian melibatkan persepsi peminat itu dilakukan menerusi rancangan AFTV.

"Semalam kami buat undian mengenai Mesut Ozil.

"Ada dua pilihan yang perlu diundi, kekalkan Ozil atau singkirkan dia," ujar pengacara, Robbie Lyle.

Hasil undian, 86 peratus peminat mahu dia disingkirkan.

Baki 14 peratus undian memilih untuk mengekalkan bintang itu.

Biarpun mempamerkan prestasi bagus dan menjadi antara bintang berpengaruh, ia kelihatan seperti peminat sudah tidak mahu melihat dia dalam pasukan itu.

"OZil sentiasa menjadi kegemaran peminat tapi mereka seperti sudah muak dengan dia," ujar Lyle lagi. - Daily Star.

Mesut Ozil, Arsenal

Artikel Lain