Neymar nafi tuduhan rogol - Sukan | mStar

Neymar nafi tuduhan rogol

Neymar.

PEMAIN bola sepak Brazil, Neymar menafikan dakwaan rogol berdasarkan laporan polis di Sao Paulo, Brazil.

Menurut Neymar, dia menjadi mangsa kepada cubaan pemerasan oleh seorang peguam yang didakwa mewakili wanita yang menuduhnya melakukan serangan seksual.

Wanita itu mendakwa Neymar dalam keadaan mabuk menyerangnya paa bulan ini di sebuah hotel di Paris, Perancis.

ARTIKEL BERKAITAN: Neymar disiasat atas dakwaan merogol seorang gadis di Paris, bapa anggap perangkap

Neymar merupakan pemain kelab Paris St Germain (PSG) di Paris.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Neymar di laman webnya, penyerang berusia 27 tahun itu menolak dakwaan itu sekeras-kerasnya.

"Walaupun dia terkejut dengan berita berkenaan, sudah diketahui dia menjadi mangsaan cubaan pemerasan, yang dilakukan oleh seorang peguam dari Sao Paulo yang dikatakan mewakili kepentingan mangsa," menurut kenyataan itu.

"Peguam mewakili pemain itu telah dimaklumkan segera berhubung perkara tersebut dan mengambil langkah yang sewajarnya.

"Kita menafikan tuduhan yang tidak adil, pendedahan di akhbar menunjukkan situasi yang negatif.

"Semua bukti cubaan pemerasan dan bukan rogol akan dikemukakan kepada pihak berkuasa bila tiba masanya," tambah kenyataan itu. - Reuters

Neymar , rogol , PSG

Artikel Berkaitan

Artikel Lain