suria

Reyes maut dalam perjalanan pulang bertemu isteri dan anak-anak selepas latihan

Reyes bersama isterinya, Noelia Lopez pada majlis perkahwinan mereka 2017.

BEKAS pemain bintang Arsenal dan Real Madrid Jose Antonio Reyes maut kemalangan ketika dalam perjalanan pulan bertemu isteri dan anak-anaknya.

Pemain berusia 35 tahun itu mengalami kemalangan disyaki keretanya dipandu melebihi had dan terbabas  berhampiran Alcala de Guadaira di luar Seville.

Kereta tersebut ditemui hangus dan terbalik.

Turut maut dalam insiden itu adalah sepupunya yang berusia 23 tahun, Jonathan Reyes yang berada di bahagian penumpang belakang.

Reyes maut dalam kemalangan selepas menjalani latihan bersama kelabnya.

Manakala seorang lagi penumpang yang dikenali sebagai Juan Manuel Calderon sempat menyelamatkan diri namun 60 peratus badannya terbakar dan bertarung nyawa di Hospital Virgn del Rocio di Seville.

Reyes dilaporkan dalam perjalan pulang selepas menjalani latihan bersama kelab Extremadura yang akan bertemu Cadiz pada Ahad.

Namun Reyes tidak terpilih untuk perlawanan tersebut.

Reyes meninggalkan seorang isteri Noelia Lopez yang dikahwininya pada 2017 serta dua orang anak perempuan Noelia dan Triana dan anak lelaki Jose Antonio Jr.

Reyes antara watak penting kejayaan Arsenal pada musim 2003-04.

Reyes kini beraksi dengan liga kedua Sepanyol sejak Januari lalu selepas menandatangi kontrak selama lima bulan bersama Extremadura.

Pemain berusia 35 tahun itu merekodkan 21 kap bersama Sepanyol dan memulakan kariernya bersama Seville dan membuat penampilan pertama dalam skuad utama pada usia 16 tahun.

Pemain sayap itu kemudian berpindah ke Arsenal pada 2003-04 dan membantu menjulang trofi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Perisai Komuniti.

Kereta Reyes musnah sepenuhnya.

Dia merupakan pemain Sepanyol pertama menjulang trofi liga Inggeris.

Selepas itu dia berpindah ke Real Madrid sebelum menyertai Atletico Madrid  secara tetap pada 2007 yang turut menyaksikan dia menjulang trofi Liga Europa sebanyak dua kali.

Dalam pada itu, sebagai perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Madrid di antara Liverpool dan Spurs turut memberi penghormatan kepadanya dengan bertafakur dua minit sebelum sepak mula awal pagi Ahad. - Dailymail.co.uk

Jose Antonio Reyes, Sepanyol, Arsenal

Artikel Lain