Isteri muda 20 tahun, ramai teruja apabila Hulk Hogan tayang foto di media sosial - Sukan | mStar

Isteri muda 20 tahun, ramai teruja apabila Hulk Hogan tayang foto di media sosial

Hulk Hogan dan isterinya, Jennifer.

LEGENDA WWE, Hulk Hogan menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik foto isteri di laman Twitter.

Menerusi posting itu, Hogan, 65, mengucapkan selamat hari lahir kepada isterinya, Jennifer yang berusia 45 tahun.

Ia bermakna wanita itu muda 20 tahun berbanding Hogan.

Mereka berkahwin pada 2010 selepas Hogan bercerai denan isteri pertamanya, Linda.

Menerusi posting itu juga, Hogan memuat naik tiga foto dan ia dikongsikan kepada 2.2 juta pengikutnya.

Malah, ia turut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Hogan kembali ke pentas WWE pada tahun lepas selepas tiga tahun mendiamkan diri. - Daily Star.

Hulk Hogan , WWE

Artikel Sebelum

PSG bakal jual tiga pemain

Artikel Berikut

'Schumacher' di pawagam Disember ini

Artikel Berkaitan

Bekas bintang WWE meninggal dunia

Artikel Lain