Dua gol Ronaldo bantu Perak ke separuh akhir - Sukan | mStar

Dua gol Ronaldo bantu Perak ke separuh akhir

Ronaldo Henrique Silva (kanan) menjaringkan gol ketika bertemu pasukan PKNP FC di Stadium Perak malam Sabtu. fotoBERNAMA

DUA gol jaringan pemain import baharu, Ronaldo Henrique Silva membantu Perak mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan PKNP FC 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Perak, Ipoh, malam Sabtu.

Pemain berusia 28 tahun dari Brazil itu tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajaman yang dimilikinya pada penampilan sulung bersama skuad ‘The Bos Gaurus' apabila meledak dua pada setiap babak selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada pertemuan aksi pertama.

Berbekalkan kelebihan laman sendiri, Perak mengorak langkah apabila Ronaldo bijak menyudahkan lorongan rakan sepasukan, Muhammad Shahrel Md Fauzi dari sebelah kanan gawang lawan pada minit ke-23.

PKNP FC di bawah bimbingan ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi sepakan percuma cantik pemain import dari Brazil, Giancarlo Lopez untuk memberikan PKNP FC kelebihan berdasarkan gol di tempat lawan.

Perak, bagaimanapun, enggan berputus asa apabila terus mengasak sebelum Ronaldo sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan dengan menanduk masuk gol kedua pada minit ke-88 sekali gus mengesahkan kemaraan Perak.

Kejayaan itu menyaksikan Perak bakal membuat perhitungan berdepan juara bertahan, Pahang pada aksi separuh akhir.

Pada masa sama, Felda United turut menempah tiket separuh akhir dengan kelebihan jaringan tempat lawan selepas seri tanpa jaringan berdepan Kuala Lumpur di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Skuad yang diberi jolokan ‘The Fighters' itu akan bertemu juara edisi 2017, Kedah dalam pusingan pasukan empat terbaik. - BERNAMA

Ronaldo Henrique Silva , Perak , Piala FA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain