suria

Guardiola dakwa media lebih suka Liverpool jadi juara, "Saya minta maaf ianya di tangan kami"

MANCHESTER City hanya selangkah untuk mengesahkan trofi liga menjadi milik mereka selepas menang 1-0 ke atas Leicester.

Namun pengurus City Pep Guardiola mendakwa, pihak media mahu Liverpool menjuarai Liga Perdana sebaik sahaja skuadnya semakin hampir mempertahankan trofi ini.

"Golongan media berminat untuk melihat Liverpool menjuarai gelaran. Jadi, saya minta maaf kerana ia di tangan kami.

"Liverpool bermain tanpa sebarang tekanan kerana ia bukan di tangan mereka.

"Sebalik kami lebih tertekan kerana sudah ada di tangan kami," katanya kepada talkSport.

Guardiola memberitahu, semua pasukan hanya berbaki satu lagi perlawanan dan bakal terjawab segalanya.

"Kini jumlah 95 mata dan kami perlukan satu kemenangan. Kami akan pergi ke Brighton dan cuba.

"Saya tidak perlu memberitrahu apa-apa kepada pemain kerana mereka sudah matang.

"Brighton bukan mudah. Mereka pergi ke Arsenal dan mendapat mata. Kami bermain dengan mereka dalam Piala FA dan ia sangat sengit kerana mereka kuat. Saya tahu mereka bermain kerana maruah.

"Tetapi ianya semua ditangan kami. Kami pernah ketinggalan tujuh mata dan tidak pernah berputus asa. Kami menang 13 perlawanan berturut-turut dan sebab itu kami berada di posisi ini," ujarnya.

City bakal berkunjung ke Brighton and Hove Albion pada aksi terakhir liga musim 12 Mei manakala Liverpool berdepan dengan Wolvehampton.

Liverpool kini mengutip 94 mata dan aksi akhir ini menjadi taruhannya untuk menang sekaligus bergelar juara musim ini sekiranya City mencatat seri atau pun tewas. -Dailymail.co.uk

Pep Guardiola, Man City, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain