suria

Solskjaer akui United kurang jaringkan gol

Solskjaer mengharap Mason kembali berada dalam skuadnya sebelum tamat musim ini.

OLE Gunnar Solskjaer menerima hakikat bahawa Manchester United tidak banyak menjaringkan gol.

Romelu Lukaku, Marcus Rashford, Anthony Martial dan Alexis Sanchez hanya meledak dua gol dalam 39 perlawanan, manakala Paul Pogba merupakan penjaring terbanyak dengan 16 gol.

Ia selari dengan kekalahan tujuh daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua aksi musim ini dan turut tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka kini berada di kedudukan ke-6 Liga Perdana.

"Mereka tidak menjaringkan gol yang cukup apabila mendapat peluang.

"Pada permulaan ketika saya tiba di sini, kami sangat cekap dalam membuka peluang untuk gol berbanding menjaringkan gol.

"Dan satu lagi, David Gea sukar dipercayai. Kami mempunyai banyak peluang, dan tidak kalah.

"Jika anda melihat keputusan, penyerang dan penjaga gol mempunyai sedikit sahaja perbezaan dan kami telah berusaha untuk cipta peluang jaringkan gol.

"Kami juga mempunyai penjaring terbanyak, di bahagian tengah dan depan - menjaringkan gol.

"Terdapat juga pemain muda dan berharap kita akan melihat Mason Greenwood sebelum tamat musim ini walaupun dia masih cedera," jelas Solskjaer. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain