suria

United sanggup bayar separuh gaji untuk lepaskan Sanchez

Alexis Sanchez.

MANCHESTER United sedia membayar separuh gaji Alexis Sanchez bernilai 500,000 pound sterling seminggu untuk membolehkannya meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Sanchez berdepan prestasi hambar sejak berhijrah ke Old Trafford dari Arsenal pada Januari tahun lalu.

Bintang Chile itu merupakan tonggak utama Arsenal tetapi gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut laporan The Daily Mail, keputusan masa depan Sanchez berada di tangan Solskjaer dengan United sedia melepaskan pemain tersebut.

Namun gaji tinggi pemain berusia 30 tahun itu akan membantutkan hasrat kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya.

Jadi United sanggup membayar separuh gaji Sanchez bagi membolehkan perpindahan pemain itu direalisasikan.

United yang kini menduduki tangga keenam tidak mahu Sanchez menyertai kelab seteru utamanya dan mengharapkan dia diintai kelab di luar England.

Sanchez diturunkan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua ketika United terikat 1-1 dengan Chelsea pada Ahad lalu. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain