Dua sepakan percuma Messi lengkapkan gol ke-600, Klopp terkedu tewas 3-0 di Nau Camp - Sukan | mStar

Dua sepakan percuma Messi lengkapkan gol ke-600, Klopp terkedu tewas 3-0 di Nau Camp

Klopp memeluk Messi selepas perlawanan separuh akhir pertama di Nau Camp awal pagi Rabu.

JURGEN Klopp mengakui sangat mustahil untuk mengawal Lionel Messi daripada melakukan sepakan percuma pada aksi tewas 3-0 kepada Barcelona.

Pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara di Nou Camp itu menyaksikan Messi menyumbat dua gol sepakan percuma selepas Luis Suarez membuka gol jaringan awal pada minit ke-26.

Namun Messi meletakkan kelabnya lebih selesa dengan dua jaringan (75',82') sekaligus merakam gol ke-600 dalam 683 perlawanan.

Bagaimana pun, Liverpool gagal menjaringkan sebarang gol perlawanan ini.

"Bola sepak memang seperti ini. Ia adalah jaringkan gol. Mereka sumbat tiga gol, dan kami tidak ada," jelas Klopp.

"Prestasi sangat baik. Ia perlawanan hebat. Tetapi apabila anda bertemu Barcelona, hanya beberapa saat sudah cukup.

"Saya sangat gembira dengan persembahan, tetapi tidak gembira dengan keputusan. Dalam bola sepak jika tidak dapat gred, anda akan susah dapat keputusan.

"Saya tidak pasti jika kami boleh bermain lebih baik." -Eurosport

Jurgen Klopp , Liverpool , Barcelona

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain