Mourinho pernah mengamuk sepak peti sambil marah Ronaldo, dedah Adebayor - Sukan | mStar

Mourinho pernah mengamuk sepak peti sambil marah Ronaldo, dedah Adebayor

Menurut Adebayor, Mourinho pernah mengamuk di dalam bilik persalinan selepas berakhirnya perlawanan. FOTO: Football5star

EMMANUEL Adebayor yang pernah dipinjamkan seketika untuk pasukan Real Madrid suatu ketika dahulu tampil bercerita mengenai pengalamannya.

Anataranya, dia bercerita mengenai sikap bekas pengendali pasukan itu, Jose Mourinho.

Kata Adebayor, Mourinho pernah datang mengamuk dalam bilik persalinan mereka selepas berakhirnya perlawanan.

"Masa tu kami menang 3-0. Dia datang dalam bilik persalinan.

"Dia sepak peti, sepak televisyen dan lempar air.

"Dia juga marah Ronaldo yang jaringkan hatrik pada masa itu.

"Mourniho kata, Ronaldo pemain terbaik di dunia tetapi prestasi teruk sekali," dedah Adebayor.

Selain itu, dia mendedahkan Ronaldo dan Sergio Ramos juga sering melayan dia seperti budak-budak. - Daily Star.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak