suria

Salah gesa semua pihak lebih hormati kaum hawa

Salah mengakui penghormatan terbaharu oleh TIME adalah sesuatu yang berbeza.

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menggesa semua individu khususnya golongan lelaki agar lebih menghormati wanita.

Pemain kelahiran Mesir itu berkata demikian sewaktu temubual dengan Times, baru-baru ini.

"Saya rasa kita perlu ubah cara kita melayan wanita dalam budaya kita. Ia bukan satu pilihan.

"Saya kini lebih menyokong kaum hawa berbanding sebelum ini, saya rasa mereka layak dihormati," kata Salah.

Pemain berusia 26 tahun itu baru sahaja disenaraikan sebagai antara enam atlet paling berpengaruh dunia.

Dalam senarai melibatkan 100 individu itu, Salah tersenarai bersama pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS) LeBron James, pemain bola sepak wanita AS, Alex Morgan, Naomi Osaka (tenis), Caster Semenya (atlet olahraga), Tiger Woods (golf) dan Richard Tyler Blevins atau Ninja (gamer profesional).

Ini adalah kali pertama Salah termasuk dalam senarai tersebut.

Mengulas penghormatan itu, Salah mengakui ia merupakan satu pengalaman yang berbeza.

"Untuk menjadi rakyat Mesir yang pertama dalam situasi ini dan tiada siapa pernah capai sebelum ini, ia sesuatu yang berlainan," kata Salah. - Edition.CNN.

Mohamed Salah, Liverpool, TIME

Artikel Lain