Pemain golf Arie Irawan meninggal dunia - Sukan | mStar

Pemain golf Arie Irawan meninggal dunia

Gambar fail Allahyarham Arie Irawan Fauzi.

PEMAIN golf negara, Arie Irawan Fauzi meninggal dunia semasa tidur di bilik hotel di Sanya, China.

Bekas pemain nombor satu negara itu berada di China untuk melengkapkan Kejohanan Sanya, dalam Siri Jelajah PGA China.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun terlepas 'cut' pertengahan saingan pada Jumaat lalu.

Sebagai penghormatan kepada keluarga Arie, penganjur kejohanan membatalkan pusingan akhir pada Ahad.

"Jelajah PGA dan Persatuan Golf China sedih dengan kehilangan salah seorang ahli kami. Kami mengucapkan takziah kepada isteri Arie, Marina serta ibu-bapanya, Ahmad dan Jeny," menurut kenyataan PGA.

Menurut kenyataan itu, laporan bedah siasat masih belum lengkap. 

Kali terakhir Arie bertanding adalah pada Kejohanan Maybank, bulan lalu.

Allahyarham pernah menjadi pemain nombor satu negara dan menduduki kedudukan ke-296 dunia.- The Star


Arie Irawan Fauzi , golf

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan