suria

Griezmann sedia sertai Barcelona pada bayaran lebih rendah?

Foto AFP

ANTOINE GRIEZMANN sekali lagi dikaitkan dengan Barcelona.

Kali ini, laporan daripada Mundo Deportivo menyatakan penyerang Atletico Madrid itu setuju untuk menyertai Barcelona pada kadar lebih rendah.

Penyerang itu meraih pendapatan tahunan sebanyak €23 juta (RM105 juta).

Barcelona dilaporkan menawarkan Griezmann sebanyak €16 juta (RM73 juta) setahun lalu, di mana dia sudi menerima tawaran itu pada masa ini.

Sudah tentu pemain Perancis tersebut sudah memberi penjelasan dan meyakinkan bahawa kaitan dirinya dengan Barca tidak penting.

Griezmann melakukannya selama beberapa tahun dan kekal berada di Atletico setiap kali khabar angin itu timbul.

Penulis Barca Blaugranes menasihatkan pemain itu agar membuat semua pihak diam serta-merta bagi menamatkan desas-desus tersebut.

Kaedah terbaik adalah dengan menyertai Barcelona pada bayaran lebih rendah dan bantu pasukan tersebut memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi. - Barca Blaugranes

Antoine Griezmann

Artikel Lain