suria

Messi dah tak 'merajuk', kembali dalam skuad La Albiceleste

Messi kembali menjalani latihan skuad Argentina.

KETUA jurulatih Argentina mengesahkan Lionel Messi disenaraikan dalam skuad utama menjelang perlawanan bertemu Venezuela pada Jumaat.

"Satu kegembiraan apabila Messi kembali. Saya ada peluang melatihnya.

"Saya cuba mendapatkannya kembali menerusi pasukan. Kita berharap dengan kehadirannya pasukan akan lebih berkuasa," jelas Lionel Scaloni.

Messi tidak menyarung jersi negaranya selepas tersingkir pusingan 16 pasukan Piala Dunia di Rusia Jun tahun lalu.

Selepas tewas 4-3 kepada Perancis, bintang Barcelona itu seakan 'merajuk' dan bercuti daripada aksi antarabangsa.

Dia terlepas enam perlawanan yang ketika Scaloni memulakan tugas baharunya di Argentina.

Biarpun teruja dengan kehadiran Messi dalam skuad La Albiceleste, Scaloni turut kecewa kerana terpaksa melepaskan Angel Di Maria yang mengalami kecederaan.

"Apabila pemain alami kecederaan, ia tidak pernah kelihatan baik untuk kedua-dua pihak, pemain dan jurulatih serta buat pasukan.

"Saya sebolehnya mahu melihat Angel berada dalam pasukan.

"Harapnya apabila saingan Copa Amerika nanti, semua pemain akan ada bersama," jelasnya.-Onefootball

Artikel Lain