suria

McGregor buat hal lagi, gaduh dengan penyokong pula

SEBUAH rakaman video tersebar menunjukkan Conor McGregor bergaduh dengan seorang penyokong sebelum dia ditahan di Miami.

McGregor, 30, dibebaskan dengan ikat jamin selepas insiden itu.

Namun dia didakwa atas pertuduhan merompak dan melakukan kerosakan selepas merampas iPhone 8 milik seorang peminatnya sebelum memijak telefon pintar tersebut.

Ahmed Abdirzak yang juga warga Britain berkata dia bimbang terhadap nyawanya selepas pergaduhan dengan McGregor di luar Hotel Fontainbleu pada 11 Mac lalu.

TMZ mendedahkan rakaman video yang menunjukkan McGregor memakai seluar berwarna putih dan juga berbaju biru.

Sebuah telefon pintar dilihat berada di atas jalan dengan beberapa individu mengelilingi McGregor.

Selepas ditahan pada petang Isnin, McGregor dibebaskan beberapa jam kemudian dengan membayar ikat jamin sebanyak 9,500 pound sterling.

Peguam bintang UFC berkata McGregor menghargai maklum balas penguatkuasaan undang-undang dan mengaku memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Kesabaran di dunia ini adalah kebajikan yang saya teruskan. Saya sayang penyokong saya. Terima kasih semua," kata McGregor.

Ia adalah penahanan kedua McGregor di Amerika selepas insiden serangan ke atas sebuah bas yang dinaiki atlet UFC, April tahun lalu.

McGregor yang juga juara dua kali kejohanan UFC, digantung daripada beraksi selepas insiden pergaduhan pada UFC 229 di Las Vegas, Oktober lalu. - Metro.co.uk

Conor McGregor, UFC

Artikel Lain