suria

Menang 3-1 ke atas Bayern Munich, Klopp laung "kami sudah kembali"

Pemain-pemain Liverpool merai kemenangan ke atas Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

JURGEN Klopp percaya Liverpool telah kembali berada dalam  kedudukan terbaik Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Bayern Munich 3-1 sekaligus mara ke suku akhir.

Dua gol Sadio Mane dan tandukan Virgil van Dijk membawa kepada kemenangan The Reds di Allianz Arena.

Jurgen Klopp

Manakala gol tunggal tuan rumah hasil daripada gol sendiri Joel Matip.

"Menjaringkan tiga gol di sini amat sukar, sebenarnya kami menyumbat empat gol kerana memberi jaringan untuk orang lain!.

"Ia merupakan langkah besar buat kami. Kami akan lihat apa yang boleh kita buat tetapi ia merupakan petunjuk yang hebat, saya suka.

"Kami sekali lagi memberi isyarat  kepada kelab bahawa kami benar-benar sudah kembali dalam landskap bola sepak antarabangsa," ujarnya.-Onefootball

Artikel Lain