suria

Penyokong dilarang tonton perlawanan Bristol City-Leeds gara-gara sokong dua kelab

Craig Courtice diberitahu tiketnya untuk perlawanan Bristol City-Leeds tidak lagi sah.

SEORANG penyokong bola sepak kecewa selepas tiket perlawanan Bristol City-Leeds di Ashton Gate, Bristol di England ditarik balik oleh Bristol City.

Craig Courtice, yang menyokong kedua-dua Bristol City dan Leeds United, diberi bayaran balik oleh pegawai dan diberitahu bahawa tiketnya tidak lagi sah.

Penyokong berusia 54 tahun dari selatan Bristol itu memberitahu, sudah bertahun-tahun dia tidak hadir menyaksikan perlawanan kerana sering menontonnya di televisyen.

Namun sokongannya terhadap pasukan Yorkshire serta pasukan tempatannya membuatkan dia tidak dibenarkan menyaksikan pelawanan itu Sabtu ini, susulan maklumat daripada kedua-dua kelab mengenai individu yang membeli tiket daripada kedua-duanya.

Bristol Live melaporkan perlawanan itu merupakan penjualan pertama musim ini untuk Bristol City, dan mereka berdepan dengan Leeds United yang mahu menentang City sebagai tuan rumah.

Terdapat insiden kekacauan terpencil semasa perlawanan antara Bristol City dan Leeds United pada musim lalu apabila penyokong Leeds dilihat mendapat tiket di tiga tempat yang sepatutnya diagihkan untuk penyokong Bristol City.

Sehubungan itu, kedua-dua kelab tekad untuk mematuhi peraturan liga bahawa tiada penyokong daripada pasukan tamu berada di kawasan penonton bagi penyokong kelab tuan rumah. - Mirror UK

Bristol City, Leeds United

Artikel Lain