Fifa pertimbang Kuwait, Oman jadi hos bersama Qatar untuk Piala Dunia 2022 - Sukan | mStar

Fifa pertimbang Kuwait, Oman jadi hos bersama Qatar untuk Piala Dunia 2022

Infantino melobi untuk menambah pasukan yang menyertai Piala Dunia sejak beberapa bulan lalu. - Foto Reuters

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terus berusaha untuk memperluaskan Piala Dunia 2022 kepada 48 pasukan dan mempertimbangkan Kuwait serta Oman untuk menjadi tuan rumah bersama dengan Qatar.

Infrastruktur Qatar dipergiatkan untuk menganjurkan Piala Dunia Timur Tengah yang pertama dan Presiden Fifa, Gianni Infantino mahu menambah 16 lagi negara kepada 32 pasukan untuk menyertai kejohanan bola sepak tersebut.

Penambahan itu menjadikan terlalu banyak perlawanan akan dimuatkan untuk lapan stadium di Qatar yang merupakan sebuah negara kecil dengan hanya memiliki populasi 2.7 juta penduduk, di mana kebanyakan mereka merupakan pekerja asing.

Infantino cuba melobi penambahan pasukan itu sejak beberapa bulan lalu dan turut mencadangkan beberapa perlawanan dianjurkan di Arab Saudi.

Ini bermakna situasi itu akan menghangatkan lagi ketegangan kempen pengasingan dengan beberapa jiran negara Arab yang menentang Qatar. Kuwait telah berusaha untuk mengendurkan krisis tersebut.

Fifa kini memandang Kuwait dan Oman sebagai negara yang arif dengan situasi ketanpanamaan (anonymity) kerana perbincangan yang dilakukan adalah sulit.

Infantino berkunjung ke Kuwait pada bulan lepas dan Oman pula pada Ahad lalu.

Kedua-dua negara itu kekal berkecuali dalam kemelut diplomatik yang mula tercetus sejak Jun 2017.

Negara-negara teluk yang lain telah melancarkan boikot terhadap Qatar atas dakwaan negara berkenaan menyokong kumpulan pelampau agama, namun ia dinafikan oleh Qatar.

Pendirian untuk mengembangkan pasukan Piala Dunia sudah dipersetujui oleh lembaga pengarah Fifa dengan 48 negara dirancang untuk menyertai Piala Dunia 2026 yang akan dihoskan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. - Washington Post

Fifa , Piala Dunia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain