suria

Kadestam tekad pertahan tali pinggang Kejuaraan Dunia ONE Welterweight

Pertembungan Kadestam dan Kichigin (kiri) dijangka menjadi perhatian dalam aksi ONE: Reign of Valor Jumaat ini.

JUARA Welterwight dunia Zebaztian Kadestam sekali lagi dijangka cuba mempertahankan gelarannya menjelang aksi ONE: Reign of Valor yang bakal berlangsung di Myanmar hujung minggu ini.

Bintang dunia dari Sweden itu akan bertemu Georgiy Kichigin dari Kazakhstan bagi acara utama kejuaraan ini.

"Saya sangat teruja untuk turun mempertahankan Kejuaraan Dunia ONE Welterweight di Yangon pada Jumaat ini.

"Ini merupakan acara pertama bagi pertahankan kejuaraan dunia dalam ONE Championship. Seperti yang dicakapkan, anda bukanlah juara sehingga anda pertahankan tali pinggang sendiri. Saya memang memberi fokus untuk membuktikan bahawa saya adalah juara sebenar.

"Saya memang berhak memakai tali pinggang berprestij ini. Saya sedar Georgiy (Kichigan) akan menjadi lawan yang sukar.

"Dia mempunyai momentum dan telah menewskan beberapa lawan berbakat, tetapi saya sudah bersedia.

"Saya telah bekerja keras untuk mempertahankan gelaran. Dalam fikiran, inilah perlawanan terbesar dalam karier saya. Saya akan melakukan apa sahaja untuk kekalkan tali pinggang ini," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu Kichigan mengakui perlawanan ini merupakan aksi terpenting dalam kariernya.

"Saya telah mengalami banyak kekalahan besar sebelum ini, tetapi saya boleh kalahkan Zebaztian Kadestam dan menjadi juara baharu dalam acara ini, sekaligus menjadi kejayaan bermakna buat saya.

"Saya sangat teruja dengan perlawanan ini kerana ianya merupakan aksi terbesar yang disertai.

"Jika menjadi juara dunia, ia bermakna kejayaan pertama bersama ONE Championship dan akan meletakkan nama dalam lipatan sejarah.

"Saya juga telah berlatih bersungguh-sungguh untuk peluang ini, dan sudah pasti  tidak akan melepaskannya.

"Lawan saya adalah juara hebar dan ujian besar buat saya. Namun saya yakin akan melepasinya," kata Kichingan.

ONE Championship, Reign of Valor

Artikel Lain