Pemain kelab Turki didakwa toreh pihak lawan dengan mata pisau cukur - Sukan | mStar

Pemain kelab Turki didakwa toreh pihak lawan dengan mata pisau cukur

Foto kredit: TV264/Ferit Erişçi/Instagram

KELAB bola sepak Turki, Sakaryaspor mendakwa beberapa pemainnya mengalami kecederaan akibat ditoreh dengan objek tajam oleh pemain pasukan lawan Amed SK.

Menurut laporan, pemain tengah Amed SK, Mansur Calar menyembunyikan objek tajam (kemungkinan mata pisau cukur) di tangannya ketika bersalaman sebelum perlawanan.

Calar dituduh menggunakan objek tajam itu  kepada pemain Sakaryaspor sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Rakaman daripada televisyen tempatan, TV264 menunjukkan Calar cuba memukul pemain pertahanan lawan Ferhat Yazgan ketika dia memandang ke arah lain.

Yazgan berkongsi luka akibat akibat ditoreh pihak lawan di Instagramnnya.

Calar juga didakwa cuba menarik pemain Sakaryaspor di bahagian leher.

Selepas perlawanan, Yazgan telah berkongsi  gambar kecederaan yang dialaminya ketika 'serangan' dari Calar di laman Instagramnya.

Aksi panas  Calar dan Yazgan berpanjangan sehingga kedua-dua mereka dilayangkan kad merah.

Selepas insiden, Sakaryaspor membuat  laporan polis dan mendakwa pengadil gagal campur tangan ketika serangan berlaku.

"Selepas perlawanan pemain-pemain kami telah dibawa ke hospital dan terbukti mereka mengalami luka akibat daripada objek tajam.

"Isu ini telah diserahkan kepada sistem keadilan," ujar kenyataan Sakaryaspor.

Bagaimana pun Amed Sk mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Sakaryaspor itu 'bukan seperti realiti'. -Unilad

mata pisau cukur , toreh

Artikel Lain