suria

"Mahu bekerja dengan orang yang saya sayang" - Mourinho

JOSE Mourinho mahu meneruskan kariernya selepas ini bersama dengan orang yang disayangi.

Pengendali Portugis itu masih 'bercuti' selepas dipecat Manchester City Disember lalu.

Mourinho memberita, dia telah menolak tawaran kelab yang tidak mempunyai cita-cita.

Tambahnya, selepas ini dia mahu memastikan orang yang bekerja dengannya berasa gembira.

"Jika sesebuah kelab tidak mempunyai cita-cita, saya tidak akan pergi.

"Saya menolak kerana mahu tahap bola sepak tinggi serta mempunyai impian.

"Itu syarat kedua. Yang pertama adalah struktur empati. Saya mahu bekerja dengan orang yang saya sayang, dengan orang yang boleh membuatkan saya gembira serta boleh berkongsi idea yang sama.

"Itu yang berlaku di Inter. Di sana ada beberapa kelab sebegitu. Biasannya, ia adalah sebahagian pentingh untuk menjadikan kelab sukses," jelas bekas pengendali Real madrid an Chelsea itu. -OneFootball

Jose Mourinho

Artikel Lain