suria

Manchester United pastikan venue sempurna layan Liverpool, dedah teknik jaga padang

PERLAWANAN Manchester United dan Liverpool satu perlawanan yang sentiasa dianggap besar dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagi memastikan perlawanan berjalan lancar dan sempurna, penjaga padang di Old Trafford menggunakan petua sendiri bagi memastikan tidak ada parasit yang merosakkan akar-akar rumput itu.

Sejak lima tahun lalu, padang utama United disembur dengan bawang putih bagi memastikan parasit tidak memusnahkan akar rumpur.

Kelihatan bawah putih disusun di atas padang sebelum perlawanan berlangsung.

Taktik itu berkesan dan telah menjadikan permukaan padang Old Trafford kelihatan cantik sekaligus menjadi venue bernilai.

Namun United bukan satu-satunya kelab Liga Perdana yang menggunakan teknik ini walaupun kesan baunya yang agak kuat.

Staf Old Trafford membaik pulih padang selepas perlawanan berlangsung.

Bau bawang putih itu boleh dihidu setengah batu dari stadium jika ditiup angin.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, kelab berterima kasih kepada penyokong-penyokong kerana tidak mengendahkan bau bawang putih itu.

Sejak Jumaat  lalu, padang Old Trafford diletakkan bawang putih untuk persediaan aksi  bertemu Liverpool pada Ahad, pukul 10 malam.-Dailymail.co.uk


Manchester United, bawang putih

Artikel Lain